CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

PANDUAN ANDA

PANDUAN ANDA
PETA KOSNEP

ANTARA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

Monday 24 November 2008

SYARAT DITERIMANYA IBADAT



Pernahkah terlintas di benak kita apakah ibadah kita itu diterima atau tidak? Maka, tidak ada seorang pun yang dapat menjamin hal ini, sehingga bagi tiap mukmin untuk beramal dengan sentiasa berharap dan cemas. Berharap agar ia mendapat redha Allah serta janji-janji yang sudah ditetapkan Allah Subhanahu wa Taala dalam Al Quran dan cemas kalau-kalau ibadahnya tidak diterima.

Oleh itu, dalam siri ini pula, saya akan menyambung elemen-elemen yang terkandung dalam konsep ibadah ini. Sekarang saya akan mengupas berkaitan dengan syarat ibadah kita itu diterima Allah......ha...penting ni...sebabnya kalau ibadah kita itu tidak memenuhi syarat-syarat-syarat ini, takut-takut ibadah yang kita lakukan selama ini menjadi sia-sia...NAUZUBILLAH.......

Bagi memudahkan kita untuk memahami subtopik ini, di sini saya sertakan peta minda berkenaan dengan syarat ibah yang diterima Allah ini.



Syarat ibadah yang diterima Allah ini terbahagi dua iaitu:

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :

pertama : ikhlas

kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’

Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir.

Ketahuilah bahawa, semua amalan dapat dikatakan sebagai ibadah yang diterima bila memenuhi dua rukun di atas, iaitu Ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syarak. Kedua syarat ini terangkum dalam firman Allah:


Maksudnya:
“…Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”
(Al Kahfi: 110).

Beramal salih maksudnya iaitu melaksanakan ibadah mnegikut dengan cara yang telah diajarkan oleh Nabi, dan tidak mempersekutukan dalam ibadah maksudnya mengikhlaskan ibadah hanya untuk Allah semata.

Hal ini diisyaratkan pula dalam firmanNya:


Maksudnya:
“(Tidak demikian) dan bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Robbnya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 112).

Menyerahkan diri kepada Allah bererti mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada Allah saja. Berbuat kebajikan (ihsan) bererti mengikuti syari’at Rasulullah S.A.W..
Syarat pertama (ikhlas) merupakan kesan dari syahadah pertama (persaksian tiada yang disembah kecuali Allah semata). Sebab persaksian ini menuntut kita untuk mengikhlaskan semua ibadah kita hanya untuk Allah saja. Sedang syarat kedua (mutaba’ah) adalah kesan dari syahadat kedua (persaksian Nabi Muhammad S.A.W. sebagai hamba dan utusan-Nya).

IKHLAS DALAM IBADAH


Seluruh ibadah yang kita lakukan harus ditujukan semat-mata untuk Allah . Walaupun seseorang beribadah siang dan malam, jika tidak ikhlas (dilandasi tauhid) maka sia-sialah amal tersebut. Allah berfirman:


Maksudnya:
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali untuk menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan agar mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
(Al Bayyinah: 5)

Maka sungguh beruntunglah seseorang yang selalu memgawal hatinya, meletakkan hati ketika ia beribadah, adakah untuk Allah, atau untuk selain Allah.

Firman Allah:


Maksudnya:
“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”
( al-An'am:162-163)

Dengan ini,ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

TANDA-TANDA ORANG YANG IKHLAS

Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :

1. Takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika seorang itu yang berkebolehan. Seseorang yang meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata: “Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

Salim bin Hanzalah berkata :

“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin, apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”

Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.

Al Hassan berkata :

“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku.”

Al-Hassan berkata lagi:

“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”

Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai. Beliau berkata :

“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”

Ibnu Mas’ud berkata :

“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :

“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”

Janganlah difahami dari athar-athar* di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.

Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :

“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.”

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan seseorang itu merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :



“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”


At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :


“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60)

yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”

3.Seseorang itu lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran.
Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”

4. Sama sahaja di sisi seseorang itu sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin seseorang itu lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, seseorang itu memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di belakang, beliau berada di belakang.”

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini.

6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. seseorang itu tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yang terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

7. Seseorang itu tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. seseorang itu tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.

8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA HILANGNYA IKHLAS


1. Amalan riyak semata-mata, iaitu amalan itu dilakukan hanya supaya dilihat makhluk atau kerana tujuan duniawi semata-mata. Amalan seperti ini hangus, tidak bernilai sama sekali dan pelakunya akan mendapat murka Allah. Amalan yang ditujukan kepada Allah dan disertai riyak dari sejak awalnya, maka nas-nas yang sahih menunjukkan amalan seperti iniadalah sia-sia. Walaubagaimanapun, amalan yang ditujukan bagi Allah dan disertai niat lain selain riyak, seperti jihad yang diniatkan untuk Allah dan kerana menghendaki harta rampasan perang. Namun amalan seperti ini berkurang pahalanya dan tidak sampai batal dan tidak sampai terhapus amalnya.

Amalan yang awalnya ditujukan untuk Allah kemudian disertai dengan riyak di tengah-tengah, maka amalan ini terbagi menjadi dua, jika riyak tersebut terbersit sebentar dan segera dihalau maka riyak tersebut tidak berpengaruh apa-apa. Namun jika riyak tersebut selalu menyertai amalannya maka ulama salaf menyatakan bahwa amalannya tidak batal dan dinilai niat awalnya sebagaimana pendapat Hasan Al Bashri. Namun dia tetap berdosa karena riyak tersebut dan tambahan amal (perpanjangan amal karena riyak) terhapus.

Sedang amal yang ikhlas karena Allah kemudian mendapat pujian sehingga dia senang dengan pujian tersebut, maka hal ini tidak berpengaruh apa-apa terhadap amalnya.

Dari Abu Hafsh Umar Ibnu Khattab radhiyallaahu ‘anhu ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaih wa sallam bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya…(HR Bukhari dan Muslim).

Syaikh Salim bin ‘Ied al Hilaly dalam kitab Bahjatun Naadziriin menurunkan 5 pengertian terhadap hadits ini yang 4 diantaranya adalah :

1. Niat merupakan suatu keharusan dalam suatu perbuatan, baik itu yang ditujukan pada wujud perbuatan itu sendiri, seperti solat misalnya, mahupun sesuatu yang menjadi penyebab bagi perbuatan lainnya, seperti thaharah (bersuci). Yang demikian itu kerana ikhlas tidak tergambar wujudnya tanpa adanya niat.
2. Niat itu tempatnya di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan dengan lisan. Yang
demikian itu sudah menjadi kesepakatan para ulama, dalam semua ibadah : thaharah, solat, puasa, zakat, haji, memerdekaan budak, jihad dan ibadah-ibadah lainnya.
3. Amal-amal yang salih harus disertai dengan niat-niat yang baik. Niat yang baik tidak akan mengubah kemunkaran menjadi kebaikan dan bid’ah menjadi sunnah.
4. Ikhlas karena Allah Ta’ala merupakan salah satu syarat diterimanya amal perbuatan. Sebab, Allah Ta’ala tidak akan menerima amal perbuatan kecuali yang paling tulus dan benar. Yang paling tulus adalah amal yang dilakukan kerana Allah, dan yang paling benar adalah yang sesuai dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang sahih.

MENGIKUT CARA YANG DIAJAR RASULULLAH S.A.W.

Ketahuilah, ibadah bukanlah produk akal atau perasaan manusia. Ibadah merupakan sesuatu yang diredhai Allah, dan kita tidak akan mengetahui apa yang diredhai Allah kecuali setelah Allah kabarkan atau dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W.. Dan seluruh kebaikan telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W., tidak tertinggal sedikit pun.

Tidak ada dalam kamus ibadah sesorang melaksanakan sesuatu kerana menganggap ini baik, padahal Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencontohkan. Ingatlah sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa yang melakukan satu amalan (ibadah) yang tiada dasarnya dari kami maka ia tertolak.” (HR. Muslim)

RUJUKAN
1. AL-QURAN
2. HADIS SOHIH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
3. Bahjatun Naadziriin Syarah Riyaadush Shaalihiin, Syaikh Salim bin ’Ied al Hilali.
*ATHAR IALAH KATA-KATA YANG DISANDARKAN KEPADA SAHABAT







SYIRIK DAN JENISNYA




Dalam siri ini pula, saya akan menerangkan tentang syirik. Kenapa saya mengenengahkan tajuk ini? Syirik merupakan antara perkara penting yang perlu ditehui oleh kita semua. Ini kerana syirik merupakan antara penyebab amal ibadaj kita tidak dimakbul Allah. Sesetengah di antara hanya sedar bahawa hanya dengan menyembah selain dari itu Allah itu dianggap syirik. Sedangkan syirik itu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Namun, secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua.

Isnyaalah di bawah ini saya akan menerangkan apakah yang dikatakan dengan syirik itu.
javascript:void(0)


MAKSUD SYIRIK


Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah:



Maksudnya:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

FrimanNya lagi:



Maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Semantara dalam Surah Luqman ayat 13 Allah berfirman:



Maksudnya:

“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”


Namun,penegasan tentang bahaya syirik ini tidak terhanti setakat itu sahaja.Pernah seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Abdullah bertanya kepada baginda yang maksudnya:“Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.”
- (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sabda baginda yang lain, baginda juga ada menegaskan tentang bahaya syirik ini antaranya ialah:

"Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu".
– (Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina.
– (Hadis riwayat Muslim)



JENIS-JENIS SYIRIK


1.SYIRIK JALI

Ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

Contoh amalan syirik jali ini ialah:
a) menyembah patung dan berhala
b) menyembah bulan atau matahari
c) mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

2. SYIRIK KHAFI
Ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah:


Maksudnya:
“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.”
(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya:

Maksudnya:
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
(Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi:


Maksudnya:
“Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.”
(Surah al-Hajj, ayat 31)


Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Dengan itu, perbuatan syirik ini adalah haram dan sangat merbahaya kerana:
1) Ia membatalkan iman seseorang
2) Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
3) Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang

WALLAHU A'LAM..........MOGA2 KITA TIDAK TERGOLONG DALAM ORANG-ORANG YANG MENSYIRIKKAN ALLAH....

JENIS-JENIS IBADAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

Dalam siri yang lalu, saya telah menerangkan berkaitan dengan konsep ibadah dan tujuan kita melakukan ibadah

Baiklah, dalam siri ini, saya menerangkan pula tentang jenis-jenis ibadah dalam Islam.Oleh itu, bagi memudahkan kita agar lebih memahami berkaitan dengan jenis-jenis ibadah ini, di sini saya sertakan dengan peta minda berkaitan dengan tajuk ini.



JENIS-JENIS IBADAH

Secara umumnya,Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:

IBADAH KHUSUS

Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

(Sahih Bukhari)

IBADAH UMUM


Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

Ada juga sesetengah dari ulamak menambahkan ibadah ini kepada beberapa lagi jenis ibadah.Lain-lain jenis ibadah itu ialah:
Ibadah Badaniah: tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.
Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.
Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga jenis ibadah di atas kitarangkumkan ia di dalam jenis ibadah umum.



SYARAT AMAL UNTUK MENDAPAT STATUS IBADAH


Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Ibadah Dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah:
1.Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.
2.Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana Allah.
3.Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati oleh Rasulullah:

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya." (HR Muslim)


4.Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.
5.Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.

KESIMPULAN


Sesungguhnya ‘ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada solat, zakat, puasa, haji.berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana yang difahami oleh setengah-setengah golongan di kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila mereka telah menunaikan perkara-perkara yang fardhu bererti mereka telah menyempurnakan segala hak Allah dan kewajipan ‘ubudiyyah terhadap-Nya.
Sebenarnya kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walau bagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian daripada tuntutan ‘ibadah kepada Allah. Ia tidak merupakan seluruh ‘ibadah yang ditetapkan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasaskan dasar-dasar ‘ubudiyyah manusia kepada Allah. Selepas ini adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar-dasar tersebut serta mengukuhkannya.
Manusia telah dijadiikan Allah dengan tujuan untuk ber’ibadah kepada Allah. Oleh itu tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingkup ‘ibadah dan daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan kehidupan manusia itu sendiri.




Sunday 23 November 2008

kONSEP IBADAH DALAM ISLAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..........

Firman Allah



Maksudnya:

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56)

“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang."

(Hadis Qudsi)

Perhatikan firman Allah di atas. Di dalam kedua-dua firmnnya itu, Allah menyatakan tentang tujuan dijadikan kita ini, manusia, sebagai hambaNya adalah untuk beribadat kepadanya.

Baiklah,nak tahu kenapa Allah menyuruh kita beribadat?
nak tahu apakah syarat ibadat yang diterima?
nak tahu kenapa ibadat kita ditolak?

Semuanya akan saya kupaskan dalam siri-siri seterusnya.......

PENGERTIAN IBADAH


Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.


ASAS-ASAS IBADAH

1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.

Firman Allah:



Maksudnya:

“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali Imran : 31

Firman Allah:



Maksudnya:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” Al-Baqarah : 165


CIRI-CIRI IBADAH

1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.

2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.

MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH

Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya?

Friman Allah:


Maksudnya:

“Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan.” Adz-Dzaariyaat : 57

Firman Allah:



MAksudnya:

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Faathir : 15

Firman Allah:


Maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri.” Fussilat :46

Firman Allah:



Maksudnya:

“Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan diri sendiri.” Faathir : 18

Firman Allah:


Maksudnya:

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya sendiri.”
Al-Ankabut : 6

KESIMPULAN

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa.
Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan.

Firman Allah:



Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.”
Fussilat : 30

RUJUKAN
1.AL-QURAN
2.HADIS QUDSI
3.IBADAT DALAM ISLAM: DR YUSOFF AL-QARDHAWI

Wednesday 29 October 2008

pendahuluan

Ibadat ialah suatu tuntutan bagi setiap mukmin. Beribadah hanya kepada Allah Taala adalah utama penciptaan manuasia di alam maya ini. Firman Allah: "Dan tidak aku jadikan dan manusia kecuali mereka memperhambakan diri kepadaKu". Dan firman Allah lagi: " Wahai manusia!sembahlah Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dan menjadikan orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa".

MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA


Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan matlamat yang tertentu, yang telahditetapkan oleh penciptanya. Matlamat itu ialah beribadah kepada Allah S.W.T. Hal ini
dinyatakan dalam surah al-Zariyaat, ayat 56 yang bererti:“Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusiakecuali supaya mereka memperhambakan diri kepada-Ku.”
Seseorang manusia sepatutnya bertanyakan dirinya sendiri: Kenapa aku diwujudkan? Apakah tugasku di alam maya ini? Apakah pula visiku dalam kehidupan ini? Ia adalah soalan yang wajib atas seorang manusia agar dia bertanyakan dirinya dan berfikir sejenak untuk mencari jawapannya (al-Qardhawi 1985:11).Seseorang manusia harus mengetahui dengan jelas jawapansoalan-soalan berikut:

Soalan Pertama: Siapakah aku? Dari manakah aku datang? Atau dalam ungkapan lain, siapakah yang menciptakan aku?

Soalan Kedua: Apakah kesudahanku selepas kewujudanku ini? Dan ke manakah aku akan pergi selepas maut?

Soalan Ketiga: Kenapakah aku diwujudkan? Untuk apa? Atau apakah visi kehidupanku ini?
Apabila ketiga-tiga soalan ini dapat dijawab dengan baik, maka seseorang manusia akan mampu menjalani kehidupan ini dengan baik dan jaya. Sebaliknya kegagalannya menjawab persoalan ini akan mengakibatkannya gagal menjalani kehidupan ini dengan baik dan penuh bererti.

HAKIKAT iBADAT DALAM ISLAM

Makna Ibadah

Ibadah dari segi bahasa: Menurut al-Qamus (‘abada): Ketaatan.
Menurut kamus al-Shihah: Asal-usul ‘Ubudiyyahialah ketundukan dan kehinaan.
Asal Ibadah: al-tazlil (penghinaan).

Ibadah dari segi istilah syara’: Menurut Syeikh Muhammad Abduh ibadah ialah: Ketaatan dengan kemuncak ketundukan. (Tafsir al-Manar: al-Fatihah)
Ibn Taimiyyah menyatakan ibadah dalam Islam itu mengandungi unsur ketundukan/ ketaatan yang digabungkan dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dankemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tunduk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci, dia tidak menjadi hambanya. Begitu juga jika dia mencintai sesuatu tanpa ketundukan kepadanya, ia juga bukan ibadah, seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-kawannya.Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah S.W.T. Seorang hamba mestilah mencintai Allah S.W.T. mengatasi segala kecintaan yang lain. Firman Allah S.W.T.: Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika ibu bapa (nenek moyang) kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara
kamu (adik beradik), isteri-isteri kamu, harta-harta yang kamu kumpulkan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya dan tempat kediaman yang kamu redhai terlebih kasih
kepada kamu berbanding Allah dan Rasul-Nya dan juga jihad Fi Sabillah, maka tunggulah sehingga Allah S.W.T. mendatangkan titah perintah-Nya.” (Surah al-Taubah: 24)

SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP IBADAT


Terdapat dua golongan yang salah faham atau salah tanggap tentang konsep ibadah Islam yang sebenar. Ada golongan yang hanya menganggap ibadah dan ubudiyyah itu tercapai
dengan hanya unsur kecintaan, manakala golongan lain menganggap ia tercapai hanya dengan unsur ketundukan dan ketakutan semata-mata tanpa sebarang cinta.

Golongan Pertama: Melampaui had dalam mendakwa mencintai Allah S.W.T., sehingga mendorongnya melakukan sesuatu yang terkeluar daripada garisan makna ibadah, dan memasukkan manusia dalam lingkungan Rububiyyah(ketuhanan) yang tidak layak bagi manusia. Ada yang mendakwa melebihi batasan anbiya dan para Rasul, seperti mendakwa
sesuatu yang tidak layak bagi hak ketuhanan Allah S.W.T., atau menghilangkan hak Allah S.W.T., atau mendakwa dakwaan-dakwaan yang batil. Contoh yang boleh
diketengahkan ialah seperti:

(1) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan untuk mengeluarkan semua pengikutnya daripada neraka memasuki syurga.
(2) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan untuk menghalang (menyelamatkan) semua pengikutnya daripada memasuki neraka.
(3) Dakwaan mendapat kelonggaran melaksanakan kewajipan syara’ kerana ia dianggap hanya untuk golongan awam.
(4) Dakwaan mencintai Allah S.W.T. sehingga Allah S.W.T.dianggap berada di dalam poketnya atau dalam jubahnya. Ini lantaran kemesraan yang keterlaluan dengan Allah S.W.T. sehinggakan Allah S.W.T. dianggapnya berada bersamanya sepanjang masa dan di dalam poketnya.

Golongan kedua: Golongan orientalis cuba menggambarkanibadah dalam Islam sebagai ibadah yang berdiri atas dasar ketundukan dan ketaatan semata-mata tanpa digandingkan dengan perasaan cinta dan rela. Mereka mengatakan bahawa umat Islam tidak mengenali unsur kecintaan dalam ibadah, kecuali hanya apabila golongan Tasawwuf mengimportnya daripada sumber asing (agama Kristian danagama-agama budaya). Pandangan ini juga menyimpang daripada hakikat ibadah Islam. Dalam al-Quran dijelaskan unsur kecintaan
antara muslim dan Allah S.W.T. dalam banyak tempat, di antaranya ialah firman Allah S.W.T.: Ertinya: “Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka mencintai Allah S.W.T.” (Surah al-Maidah: 54. Sabda Nabi S.W.T.. Ertinya: "Tidak beriman (iaitu tidak sempurna iman) salah seorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul-Nya terlebih
kasih kepadanya lebih daripada segala sesuatu selain keduaduanya”
[Hadis Muttafaq ‘alaihi]

Menguatkan hal ini, Ibn al-Qayyim (Madarij al-Salikin: 99) berkata: Asal-usul ibadah itu ialah kecintaan kepada Allah S.W.T., bahkan mentauhidkan-Nya dengan kecintaan, dan bahawa segala cinta itu hanya bagi Allah S.W.T., maka janganlah dia (mukmin) mencintai orang lain selain-Nya. Sesungguhnya dia hanya boleh mencintai (orang lain) kerana-Nya dan pada-Nya (pada perkara yang diredhai Allah S.W.T).

RUANG LINGKUP IBADAT DALAM ISLAM



1. Syumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhnya


Ruang lingkup ibadah dalam Islam amat luas. Oleh kerana manusia dicipta supaya beribadah kepada Allah S.W.T., maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia
adalah ibadat kepada Allah S.W.T. Ibn Taimiyyah (al-‘Ubudiyyah: 38) berkata: Ibadah ialah kata-nama yang merangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T. dan yang diredhai-Nya sama ada perkataan, perbuatan, yang zahir dan batin. Justeru itu, sembahyang, zakat, puasa, haji, jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah, melakukan
kebajikan kepada dua ibubapa, menunaikan janji, amar maaruf, nahi mungkar, berjihad menentang orang-orang kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran tetangga,
anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga hamba-hamba abdi dan binatang, doa, zikir dan bacaan al-Quran, semuanya adalah ibadah.”

2. Ibadah Merangkumi Seluruh Aspek Kehidupan

Ibadah Islam memenuhi seluruh ruang hidup Muslim dan mengatur kehidupan mereka seluruhnya, berm ula dengan cara atau adab makan minum, buang air, hinggalah kepada
cara membina negara, politik pemerintahan, polisi kewangan dan ekonomi, urusan muamalat dan undang-undang, serta dasar perhubungan antarabangsa sama ada semasa
aman mahupun zaman peperangan.

3. Ibadah Merangkumi Seluruh Anggota Manusia


Di antara keistimewaan ibadah Islam ialah bahawa ia merangkumi
seluruh anggota manusia.

a. Ibadah Hati.
b. Ibadah Lidah.
c. Ibadah Pendengaran (Telinga).
d. Ibadah Penglihatan (Mata).
e. Ibadah Deria Rasa (Lidah/ Tangan).
f. Ibadah Deria Hidu.
g. Ibadah Tangan dan Kaki.
h. Ibadah Kemaluan.

Mungkin ada orang akan bertanya: “Kenapakah kita harus beribadah kepada Allah S.W.T.? Kenapakah Allah S.W.T. memfardhukan ke atas manusia supaya beribadah kepada-Nya? Sedangkah Dia adalah Tuhan terkaya daripada ibadah itu, dan Dia tidak memerlukan khidmat manusia terhadap-Nya? Apakah faedahnya kita beribadah kepada Allah S.W.T.?”
Sesungguhnya, Allah S.W.T. langsung tidak mengambil faedah daripada hamba-Nya. Dia juga tidak akan termudharat akibat keengganan hamba-Nya daripada menyembah-Nya. Keagungan kerajaan-Nya tidak bertambah dengan sebab ibadah manusia, zikir dan tahmid mereka kepada-Nya. Dia adalah Tuhan yang Maha Kaya, dan kita adalah hamba-hamba-Nya yang fakir. Firman Allah S.W.T.: Ertinya: “Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya dan Pemurah.” (Surah al-Naml: 40) Apabila Allah S.W.T. adalah Tuhan yang Kaya secara mutlak, maka mengapakah Dia mentaklifkan hamba-Nya supaya menyembahNya? Sesungguhnya jawapan kepada persoalan ini tersembunyi dalam tabi‘at diri manusia itu sendiri, tabi‘at tugasnya di muka bumi dan matlamat yang
jadikan tujuan di sebalik kehidupan dunia ini. Berikut dinukilkan sedikit faedah yang mungkin kita dapati di sebalik ibadat kepada Allah S.W.T. Al-Imam
Fakhruddin al-Razi pernah berkata: Ketahuilah bahawa barangsiapa yang mengetahui faedahfaedah ibadah, nescaya lazatlah dia beribadah, dan beratlah hatinya mahu melakukan perkara-perkara lain selain ibadah. Faedah tersebut dapat disingkapi daripada beberapa bentuk:

Pertama: Bahawa al-kamal iaitu sifat kesempurnaan dicintai, dilobai dan dituntut. Hal keadaan manusia yang paling sempurna ialah apabila dia sibuk dengan beribadah kepada Allah S.W.T., kerana hatinya akan bersinaran dan bergemerlapan dengan cahaya Ilahiyyah. Lidahnya akan mendapat kemuliaan dengan kemuliaan zikir dan bacaan, iaitu bacaan al-Qur’an. Anggota-anggotanya akan kelihatan indah dengan keindahan berkhidmat akan Allah S.W.T. Maka keadaan-keadaan begini adalah merupakan semulia mulia martabat insaniyyah dan darjat kemanusiaan. Tercapainya martabat dan darjat ini adalah ke muncak kebahagiaan manusia di dunia ini. Apabila kemuncak kebahagiaan di dunia ini sudah diperolehi, maka sudah tentu ia juga akan memperolehi kebahagiaan yang paling sempurna di akhirat. Oleh demikian, barangsiapa yang telah mengecapi martabat dan darjat ini, hilanglah segala kepenatan dan keberatan beribadah, dan nescaya dia akan memperolehi halawah atau kemanisan ibadah yang amat lazat di dalam hatinya.

Kedua: Ibadah adalah suatu amanah. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah bentangkan amanah ke atas langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka tidak sanggup memikulnya, dan mereka takut menerimanya, lalu manusia memikulnya. ” Menunaikan ibadah adalah suatu sifat daripada sifatsifat kesempurnaan yang disukai oleh jiwa. Menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T. adalah penunaian separuh daripada amanah, dan ia akan menjadi sebab kepada penunaian separuh kedua lagi. Diceritakan, bahawa seorang sahabat berkata: Saya melihat seorang Arab kampung datang ke pintu masjid, lalu turun daripada untanya, lalu ditinggalkan untanya dan memasuki masjid dan terus sembahyang dengan penuh ketenangan dan khusyu’, berdoa dengan segala apa yang dikehendakinya sehingga kami merasa takjub. Apabila dia keluar, didapati untanya telah hilang, lantas dia berkata: Aku telah menunaikan amanah-Mu maka di manakah amanahku? Perawi cerita ini berkata: Kami bertambah hairan. Tidak lama dia duduk di situ, sehingga datanglah seorang lelaki menunggang untanya dan menyerahkan unta itu kepadanya. Al-Imam al-Razi berkata: Iktibarnya, ialah apabila dia telah menjaga amanah Allah S.W.T. (iaitu beribadah kepadanya dengan sempurna), Allah S.W.T. menjaga amanahnya. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang dituturkan kepada Ibn Abbas: Ertinya: “Jagalah (peliharalah) Allah S.W.T., nescaya Dia akan menjagamu (memeliharamu).”

Ketiga: Kesibukan beribadah atau keasyikan beribadat adalah suatu perpindahan daripada alam al-ghurur kepada alam al-surur, ialah perpindahan daripada alam tipu-daya kepada alam suka-ria. Ia juga merupakan perpindahan daripada kesibukan bersama makhluk kepada kesibukan bersama Allah S.W.T. Hal ini sudah tentulah membawa kepada kelazatan dan kegembiraan yang sempurna. Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah r.h., bahawa seekor ular telah terjatuh dari siling dan orang ramai lari bertempiaran. Abu Hanifah r.h. ketika itu di dalam sembahyang, dan beliau tidak tersedar apa yang terjadi. Perkara ini bukanlah suatu perkara ganjil. Sesiapa yang
meraguinya, maka hendaklah dia merujuk ayat al-Qur’an yang menceritakan kisah Nabi Yusuf: Ertinya: “Apabila perempuan-perempuan itu melihatnya (iaitu Yusuf), mereka hairan terpegun, sehingga mereka memotong tangan-tangan mereka.”(Surah Yusuf: 31)
Perempuan-perempuan yang terpegun melihat Nabi Yusuf, lantaran kekacakan dan ketampanan baginda, sebenarnya hati mereka telah dikuasai oleh perasaan asyik dengan kekacakan Nabi Yusuf, yang mana membawa kepada hal tidak sedar diri, sampai mereka terpotong jarijari tangan mereka. Apabila hal ini (iaitu keterpegunan dan keasyikan sampai tidak sedar diri) boleh berlaku pada hak seorang makhluk, maka tentulah lebih aula hal yang sama, (iaitu keasyikan yang amat mendalam dalam hati hamba) boleh berlaku terhadap Allah S.W.T. Demikianlah kupasan Imam al-Razi dalam percubaan beliau untuk menerangkan faedah ibadah bagi seorang hamba Allah S.W.T. Seseorang yang merasai kelazatan iman yang sebenar, dan hatinya diselubungi cahaya keyakinan, dia tidak akan memandang ibadah sebagai ketundukan, atau kepatuhan kepada titah perintah semata-mata, bahkan dia akan dapati pada ibadah itu kelazatan. Lazat dengan munajat kepada Allah S.W.T. dan lazat dengan usaha merebut keredhaan Allah S.W.T., di mana dia pasti akan merasai suatu kebahagiaan yang tidak dapat ditolok-bandingkan dengan
kebahagiaan orang yang hidup mewah di istana mewah, atau dalam timbunan harta benda, dan emas perak. Kebahagiaan orang yang beribadah jauh lebih istimewa dan unik. Jika kita toleh kepada Rasulullah s.a.w. kita dapati bahawa baginda s.a.w. menanti saat-saat ketibaan waktu sembahyang bagaikan penantian seorang yang haus dahaga akan setitis air yang sejuk.. Baginda menerpa berlari meluru ke arah solat, seumpama melurunya seorang yang bermusafir di padang pasir ke arah lembah wadi yang kehijauan.
Baginda seringkali berkata kepada Bilal apabila tiba waktu sembahyang, dalam keadaan yang rindu dan mengharap, dengan sabda baginda s.a.w.: Ertinya: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.” [Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi]. ‘Aisyah juga pernah menceritakan, di mana kata beliau: ‘Telah adalah Rasulullah s.a.w. bercakap-cakap dengan kami dan kami bercakap-cakap dengan baginda. Apabila tiba waktu sembahyang, baginda seolah-olahnya tidak mengenali kami lagi, kami tidak mengenali baginda. Maka tidak hairanlah jika baginda s.a.w.bersabda:
Ertinya: “Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”Selain apa yang dibentangkan di atas, di sana masih banyak matlamat ibadah Islam yang ingin dicapai. Di antaranya sebagaimana yang digariskan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ialah 1985: 95–129):

• Ibadah sebagai makanan ruh
• Ibadah dan ‘Ubudiyyah jalan pembebasan manusia
• Ibadah sebagai ujian
• Ibadah adalah hak Allah S.W.T. ke atas hamba-Nya
• Ibadah sebagai cara mendapat pahala
• Ibadah adalah matlamat bukan hanya cara (W asail)
• Ibadah sebagai cara pembersihan jiwa (bukan ‘Illah kepada ibadah)
• Ibadah sebagai akhlak dan akhlak sebagai ibadah

KEISTIMEWAAN IBADAH DALAM ISLAM


Ibadah Islam adalah ibadah yang istimewa dan unik, serta amat berbeza daripada ibadah dalam agama lain. Ia bersifat Rabbani, syumul, berseimbangan dan lain-lain ciri yang
agung. Berikut dinukilkan beberapa keistimewaan tersebut:
1. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.
2. Pembebasan ibadah daripada perhambaan kepada tokoh agama
3. Ikhlas hati asas makbul ibadah
4. Ibadah hanya dengan kaifiyyat yang disyara‘kan
5. Perimbangan antara ruh dan jasad
6. Mudah dan menghapuskan kepayahan

HIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAM


1. Sembahyang


Di sini, dipaparkan secara ringkas beberapa rahsia sembahyang. Di antaranya ialah:
• Sembahyang sebagai penyuci dosa
• Sembahyang sebagai cara menjaga kebersihan dan kecantikan
• Sembahyang sebagai Riadah Badaniyyah (senaman badan)
• Sembahyang sebagai sumber kekuatan roh
• Sembahyang kekuatan akhlak

Peranan Sembahyang berjemaah
• Sembahyang jemaah sebagai kelab masyarakat
• Sembahyang jemaah sebagai latihan askar

Masjid dan peranannya dalam kehidupan
a. Masjid sebagai universiti awam
b. Masjid sebagai dewan parlimen tetap
c. Masjid sebagai dewan muktamar
d. Masjid sebagai medan latihan amali
e. Kebebasan
f. Persaudaraan
g. Persamaan

2.Puasa

Antara hikmah puasa ialah:
(1) Meninggikan roh

Roh adalah hakikat sebenar kejadian manusia. Manusia dinamakan manusia lantaran dia mempunyai roh, atau jiwa. Manusia tidak dinamakan manusia kerana tulang-belulangnya,
atau anggota zahirnya, daging, darah, urat dan lendirnya semata-mata. Manusia hanya dipanggil manusia oleh kerana rohnya dan jiwanya. Apabila nyaw anya sudah tercabut
keluar daripada tubuh-badannya, maka dia tidak dipanggil manusia lagi.Tubuh-badan, kerangka, tulang-belulang, daging, darah, urat dan lendir hanya merupakan sarang tempat roh bertenggek buat sementara waktu. Tubuh-badan adalah rumah kediaman roh. Tuan rumah yang sebenarnya ialah roh. Alangkah hairan apabila didapati rumah dihiasi dan diperindahkan dengan segala perhiasan dan dilengkapi dengan perabut yang beraneka rupa, sedangkan tuan rumahnya kurus kering, kusut masai, lesu tidak berm aya serta
tidak terurus. Begitulah perbandingan yang jelas tentang sikap manusia yang hanya menjaga tubuhbadan lahirnya dengan segala makan minum yang lazat lagi berzat. Mereka hiasi tubuh-badan mereka dengan pakaian yang cantik dan mahal. Mereka menjaga kebersihan tubuh-badan mereka dengan mandi-manda, bersabun, bersyampu dan dikenakan
pula dengan segala macam bau-bauan. Mereka sanggup berhabis wang lantaran membeli ubat, pil vitamin dan ubat kuat. Mereka sanggup bersenam dan bersukan, demi mempastikan agar jasad yang fana ini kelihatan segar bugar dan sihat sentiasa, sedangkan jasad ini akhirnya akan hancur luluh ditelan bumi. Tetapi, berapa ramai di kalangan manusia yang mengambil berat soal rohnya, atau jiwanya yang bakal hidup kekal abadi? Sedangkan hakikat kejadiannya, hakikat kemanusiaannya hanya bergantung kepada roh dan jiwanya? Mereka biarkan roh mereka kurus kering, kusut-masai, selekeh,
berbau busuk dan hanyir dan terlantar kelesuan atau terbaring kesakitan. Manusia sering melupakan rohnya. Dia tidak sudi memberikan rohnya makanan yang lazat, atau
membelikannya ubat-ubatan roh yang boleh menguatkan tenaga rohnya yang tidak bermaya.
Oleh yang demikian, antara hikmat besar diwajibkan umat Islam berpuasa, ialah agar roh mereka yang lesu kembali ceria, sihat, segar dan bugar. Puasa adalah sebahagian
daripada makanan roh yang amat lazat. Puasa mampu meringankan roh seseorang manusia. Roh orang yang berpuasa akan dekat dan hampir kepada Allah S.W.T. Oleh demikian, ‘ulama berkata: “Bulan Rejab untuk membersihkan tubuh-badan, bulan Sya‘aban untuk membersihkan hati, sementara bulan Ramadhan pula untuk membersihkan roh.
Sesungguhnya, gabungan ibadat puasa di siang hari, bacaan ayat suci al-Qur’an, sembahyang terawih dan witir, qiyaamullail dan I‘tikaf di masjid pada 10 malam terakhir, serta ibadat pada malam lailatul-qadr mampu mengembalikan kekuatan roh, jika kita benar-benar menjadikan Ramadhan pesta ibadat yang beraneka ragam. Malangnya, umat Islam lupa dan lalai. Mereka hanya tahu menjadikan Ramadhan sebagai pesta kuih-muih dan beraneka sajian makanan.

(2) Memulihkan Kesihatan
Hikmah puasa yang seterusnya ialah memulihkan kesihatan tubuh badan zahir. Rasulullah s.a.w. semenjak 14 kurun yang lampau telah bersabda: Ertinya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat.” Dalam hadith yang lain, baginda s.a.w. bersabda: Ertinya: “Tidak ada sesuatu bekas yang diisikan oleh anak Adam yang terlebih buruk daripada mengisi uncang perutnya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk nafas.” Kata-kata Rasulullah s.a.w. ini adalah wahyu. Baginda tidak menuturkannya mengikut selera hawa nafsu. W alaupun baginda tidak mempelajari ilmu perubatan dan kesihatan, namun ilmu perubatan moden telah tampil di akhir zaman untuk membuktikan kebenaran kata-kata baginda itu. Pakar perubatan telah mengiyakan kenyataan bahawa berpuasa adalah suatu cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Atau atau istilah yang lain, berpantang. Mereka juga mengiyakan
bahawa makanan yang beraneka ragam adalah punca kebanyakan penyakit manusia.
Sebuah majalah perubatan barat pernah menyiarkan berita tentang 300 kes pesakit kencing manis telah dapat disembuhkan menerusi program berpuasa. SubhaanalLah! Maha suci Engkau Ya Allah! Sebenarnya, puasa mampu menyembutkan berbagai-bagai jenis penyakit yang berpunca daripada makanan, seperti darah tinggi, kegemukan, ketagihan
rokok, dan lain-lain.

(3) Mengawal Perasaan Menahan Kemahuan Hawa Nafsu
Suatu hikmat puasa yang tidak kurang pentingnya, ialah sebagai latihan diri dengan tarbiyyah mengawal perasaan dan menundukkan desakan kemahuan nafsu. Seseorang Muslim yang berpuasa, dia sanggup tidak menjamah makanan yang ada di hadapannya, demi kerana taatkan Allah S.W.T., walaupun makanan itu adalah makanan kegemarannya
yang paling lazat. Seorang Muslim tidak sanggup meminum air, walaupun ketika dia keseorangan, tidak ada orang yang melihatnya. Dia sanggup menahan kehausannya semata-mata kerana ketaatannya kepada Allah S.W.T.Demikian pula seorang Muslim, sanggup mengenepikan kemahuan syahwatnya dan menundukkan desakan nafsu seksnya, walaupun isterinya yang cantik jelita terbaring di sebelahnya, walaupun dalam keadaan yang menggiurkan, sedangkan dia mampu memuaskan nafsunya yang sedang meronta-ronta itu. Semuanya ditinggalkan, diketepikan dan ditundukkan semata-mata kerana taatkan Allah S.W.T. Sebab itulah, Allah S.W.T. menyediakan pahala yang amat besar kepada orang yang berpuasa. Allah S.W.T. berfirman Allah S.W.T. berfirman dalam hadith qudsi
Ertinya: “Semua amalan anak Adam adalah baginya, kecuali puasa. Ia adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya.” Apakah di sana ada suatu kuasa yang lebih besar yang mampu menundukkan nafsu makan, minum dan nafsu seks manusia, dalam keadaan yang dia mampu melakukan semuanya itu dengan mudah? Sesungguhnya puasa adalah suatu kekuatan. Kekuatan untuk menahan dan menundukkan runtunan hawa nafsu. Sesungguhnya menundukkan hawa nafsu adalah suatu perkara yang amat sukar, kecuali oleh orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Oleh itu, puasa adalah suatu latihan agung untuk
menundukkan kemahuan hati, mematahkan runtunan diri dan memaksa hawa nafsu agar tunduk menyerah kalah kepada undang-undang dan peraturan puasa. Seorang ahli psikologi Jerman telah menjalankan suatu kajian berhubung dengan kekuatan manusia untuk menahan diri daripada runtunan hawa nafsu dan menewaskan pujuk-rayunya. Beliau akhirnya membuat keputusan ilmiahnya dengan menyatakan, bahawa puasa adalah satu-satunya cara terbaik dan paling mampu melatih manusia menundukkan nafsu dan kemahuan diri. Kita umat Islam seringkali merasa seronok apabila orang bukan Islam yang membuat kajian tentang Islam dan memuji Islam. Namun dalam masa yang sama, kitalah orang yang paling alpa dan lalai dalam melaksanakan kebaikan Islam yang telah dibuktikan secara ilmiah itu. Kita kadang-kadang, tidak merasakan kehebatan Islam, melainkan apabila ada kajian orang barat yang membuktikan kehebatan Islam. Sepatutnya, kita merasa yakin akan kehebatan Islam, walaupun tanpa apa-apa pembuktian saintifik. Sesungguhnya, semua ajaran dan anjuran yang dibawa oleh Islam, adalah yang terbaik dan paling cemerlang, kerana ia adalah garapan wahyu daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. tahu apa yang baik untuk manusia dan apa
yang buruk untuk hamba-Nya.

(4) Mengingatkan Nikmat Makanan Dan Minuman
Hikmah puasa yang seterusnya ialah mengingatkan nikmat makanan dan minuman serta nikmat kenyang. Manusia seringkali tidak dapat menilai sesuatu nikmat, dan lupa pula
untuk bersyukur, terutamanya apabila nikmat itu datang selalu mencurah-curah pagi dan petang. Dia hanya tahu akan nilai nikmat itu apabila nikmat itu sudah hilang. Kita
tidak tahu nikmat sihat yang kita nikmati sepanjang tahun, kecuali semasa sakit, walaupun sehari dua. Kita tidak menilai nikmat siang, kecuali apabila malam menjelma. Demikian juga nikmat makan minum. Oleh kerana kita selalu makan, pagi petang, siang dan malam, kita menganggap makan minum itu perkara biasa. Semua orang makan dan minum. Kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Oleh itu, manusia tidak akan mengingati nikmat makan minum kecuali apabila nikmat itu hilang. Oleh kerana itu, Allah S.W.T. mensyari‘at puasa, agar kita dapat mensyukuri nikmat makanan dan minuman, walaupun sedikit. Setengah orang tidak bersyukur jika makan minum ala kadar. Dia hanya mengucap al-hamdulillah dan bersyukur jika makan besar sahaja. Tetapi, semasa berpuasa, dia akan terasa betapa besarnya nikmat makanan, walaupun seketul kuih, atau seteguk air. Dengan itu, dia akan mengingati kebesaran Tuhan yang menciptakan makanan dan minuman. Sebab itulah, Nabi kita Muhammad s.a.w. apabila Allah S.W.T. membentangkan kepada baginda supaya lembah Makkah dijadikan emas, baginda menjawab: “Tidak wahai Tuhanku! Biarlah aku kenyang sehari, dan lapar sehari.
Apabila aku lapar, aku akan merengek kepada-Mu dan mengingati-Mu, dan apabila aku kenyang, aku akan mensyukuri- Mu dan memuji-muji-Mu.

(5) Mengingati Kesengsaraan Orang Miskin
Seterusnya puasa mempunyai hikmah agar dengan kelaparan sepanjang hari yang dilalui oleh orang yang berpuasa itu, dia dapat mengingati kesengsaraan orang-orang yang lapar. Agar dia akan terpanggil untuk sama-sama mengasihi orang fakir miskin yang masih melata di bumi Allah S.W.T. ini. Mereka terpanggil sedemikian, bukan kerana khutbah yang berapi, atau pidato, atau ceramah agama, tetapi dia tersedar dari lamunan hidup mewahnya dengan berkat suara perutnya yang ‘bercerut dan menyanyi’ tatkala dia lapar berpuasa. Suara perutnya yang sayu, nyanyian uncang perutnya yang mendayu, diharapkan menjadi daya panggilan untuk dia segera insaf tentang bagaimana orang-orang miskin hidup sepanjang tahun, tanpa makanan yang cukup. Kadang-kadang, manusia yang dibesarkan dalam suasana senang dan mewah, mereka menyangka semua manusia macam dirinya. Makan minum senang dan hidup senang. Jadi tepatlah Allah S.W.T. menjadikan puasa ini sebagai suatu cukai hidup kemasyarakatan yang adil, tidak kira kaya atau miskin, semuanya mesti membayar cukai ini. Orang kaya dan memiliki harta berbillion ringgit atau dollar wajib berpuasa. Orang miskin merempat, yang tidak ada apaapapun untuk dimakan, dia juga wajib berpuasa. Ia adalah proses pembaikan sosial, agar jangan ada orang kaya yang lupa daratan, lupakan golongan fakir miskin. Oleh kerana itu, diriwayatkan bahawa Nabi Yusuf a.s. terlalu banyak berpuasa, sedangkan baginda memegang jawatan Menteri Kewangan kerajaan Mesir purba, yang kaya raya. Apabila ditanya tentang hal itu, baginda menjawab: Aku takut jika aku kenyang, aku akan lupakan kelaparan orang-orang yang fakir dan miskin!.
Marilah kita mengenang kesusahan orang yang susah,kelaparan orang yang lapar, kesejukan orang yang tidak berpakaian tebal di negara berm usim sejuk. Lembutkanlah hati kita untuk sama-sama kita berkongsi kesusahan dan kepedihan mereka. Ketahuilah, bahawa harta kita adalah harta Allah S.W.T. Ia hanya milik sementara jua, yang diberi
pinjam sahaja. Gunakanlah untuk membantu fakir miskin,terutamanya di bulan puasa ini. Untuk mengetahui bagaimanakah pemurahnya Rasulullah s.a.w. di bulan puasa, dinukilkan di sini hadis yang meriwayatkan bahawa baginda s.a.w. adalah seorang manusia yang amat pemurah, dan kemurahan baginda di bulan Ramadhan bertambah-tambah lagi, seumpama angin yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Orang-orang yang membelas-kasihan, akan dibelas kasihan oleh Tuhan yang bernama al-Rahman. Kesianilah orang yang berada di muka bumi, nescaya kamu akan dibelas-kesiani oleh orang yang berada di langit.”

3.Zakat

• Zakat sebagai sistem inovatif Allah S.W.T.
• Zakat hak wajib orang kaya bukan sukarela
• Hak fakir miskin
• Hak masyarakat
• Hak Allah S.W.T.

Rahsia Zakat:
1. Rahsia pembersihan.
• Perbersihan jiwa orang kaya daripada sifat kedekut.
• Pembersihan jiwa fakir miskin daripada hasad dengki terhadap orang kaya.
• Pembersihan masyarakat daripada faktor-faktor kehancuran,perpecahan dan pertembungan.
• Pembersihan harta itu sendiri .

2. Menyuburkan harta.
• Penyuburan jiwa oranga kaya.
• Penyuburan jiwa dan keperibadian fakir miskin.
• Penyuburan harta itu sendiri .

3. Pemeliharaan terhadap harta. Nabi bersabda: Ertinya: “Pertahankanlah (Bentengilah) harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat.”

4. Mewujudkan masyarakat penyayang.

5. Zakat sebagai cara mendekatkan jurang kekayaan dan kemiskinan.

5.Haji


a. Hubungan muslim dengan Baitullah al-Haram dan pengasasnya
b. Kaabah lambang perpaduan umat
c. Haji sebagai penjaga kekuatan ruh
d. Haji sebagai latihan
e. Haji dan perniagaan
f. Persamaan, perpaduan Dan keamanan
g. Haji muktamar sedunia umat
h. Penyatuan Umat:
• Penyatuan perasaan.
• Penyatuan syiar/lambang.
• Penyatuan perkataan.
• Penyatuan matlamat.
• Penyatuan amal.
• Haji muktamar sedunia umat

Ibadah dalam kehidupan seorang Mukmin adalah kehidupan
keseluruhannya, kerana setiap kegiatan hariannya adalah
dikira ibadah kepada Allah S.W.T. Dia hanya memerlukan
niat dan pelaksanaannya yang tidak bertentangan dengan
syarak untuk melayakkan setiap kegiatannya dianggap setiap
ibadah. Oleh kerana itu, adalah amat benar sekali bahawa
Islam adalah way of life atau cara hidup kerana kemampuan
Islam menukarkan seluruh bentuk kegiatan kehidupan
manusia menjadi ibadah atau kegiatan keagamaan.