CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

PANDUAN ANDA

PANDUAN ANDA
PETA KOSNEP

ANTARA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

Sunday 23 November 2008

kONSEP IBADAH DALAM ISLAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..........

Firman Allah



Maksudnya:

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56)

“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang."

(Hadis Qudsi)

Perhatikan firman Allah di atas. Di dalam kedua-dua firmnnya itu, Allah menyatakan tentang tujuan dijadikan kita ini, manusia, sebagai hambaNya adalah untuk beribadat kepadanya.

Baiklah,nak tahu kenapa Allah menyuruh kita beribadat?
nak tahu apakah syarat ibadat yang diterima?
nak tahu kenapa ibadat kita ditolak?

Semuanya akan saya kupaskan dalam siri-siri seterusnya.......

PENGERTIAN IBADAH


Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.


ASAS-ASAS IBADAH

1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.

Firman Allah:



Maksudnya:

“Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ali Imran : 31

Firman Allah:



Maksudnya:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” Al-Baqarah : 165


CIRI-CIRI IBADAH

1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.

2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya cukup syarat.

MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH

Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya?

Friman Allah:


Maksudnya:

“Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan.” Adz-Dzaariyaat : 57

Firman Allah:



MAksudnya:

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Faathir : 15

Firman Allah:


Maksudnya:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri.” Fussilat :46

Firman Allah:



Maksudnya:

“Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan diri sendiri.” Faathir : 18

Firman Allah:


Maksudnya:

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya sendiri.”
Al-Ankabut : 6

KESIMPULAN

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa.
Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan.

Firman Allah:



Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu.”
Fussilat : 30

RUJUKAN
1.AL-QURAN
2.HADIS QUDSI
3.IBADAT DALAM ISLAM: DR YUSOFF AL-QARDHAWI

14 comments:

ZiBang KebaBoom said...

Assalamualaikum wbt..
terima kasih kerana berkongsi maklumat..saya memohon untuk copy maklumat yang telah dikongsikan

Unknown said...

salam saya mohon untuk copy maklumat di atas

tq

jannah2028 said...

salam,mohon copy mklumat d ats utk tjuan assgnment,tq..

biviey said...

salam, sy mohon utk copy maklumt d ats ats tjuan assgnmt. syukran....

Unknown said...

“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang."

Salam, saya nak tnya, apa maksudnya, hadis qudsi ni, pada phrase,
atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah?

Sedangkan hadis qudsi ini hadis daripada Allah SWT namun diucapkan dengan makna Rasulullah SAW sendiri, ada ke perkara yang ALLAH SWT lemah, sedangkan Dia Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Mohon penjelasan lanjut ukhti.
Syukran.
Blh emelkan kepada deluxe786@gmail.com

Ana Quddsiah said...

aSalamualaikum..
maklumat yang bernas..
mintak share..:)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

mohon copy utk rujukan assgmnt..terima kasih

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam..mohon nk copy..nk buat assignment.. tq2.. :) slamat bpuasa

Unknown said...

Assalamualaikum w.r.t...nak minta nak copy benda ini untuk buat assignment....syukran jazillan

Unknown said...

Assalamualaikum w.r.t...nak minta nak copy benda in...tq

Unknown said...

Ada tak nota ringkas hakikat ibadah dalam islam?

IBNU QAHTAN said...

Maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan. Ayat Di sini bukanlah menunjukkan bahawa Ada perkara Yang Allah lemah. Konteks nya Di sini ialah Allah menegaskan bahawa Allah itu tidak pernah sekalipun memerlukan hambanya untuk membantu nya, walau Dalam situasi apa pun. Seperti ayat Di atas juga, Aku tidak menjadikan Kamu agar Aku terhibur dari kesepian, adakah Allah berasa sepi? Tidak Sama sekali, Allah menjelaskan bahawa Dia Maha agung, Yang langsung tidak berhajat kepada hamba ciptaannya, bahkan, Kita lah Yang memerlukan Allah Di setiap saat Kita.