CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

PANDUAN ANDA

PANDUAN ANDA
PETA KOSNEP

ANTARA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

Monday 24 November 2008

SYIRIK DAN JENISNYA




Dalam siri ini pula, saya akan menerangkan tentang syirik. Kenapa saya mengenengahkan tajuk ini? Syirik merupakan antara perkara penting yang perlu ditehui oleh kita semua. Ini kerana syirik merupakan antara penyebab amal ibadaj kita tidak dimakbul Allah. Sesetengah di antara hanya sedar bahawa hanya dengan menyembah selain dari itu Allah itu dianggap syirik. Sedangkan syirik itu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Namun, secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua.

Isnyaalah di bawah ini saya akan menerangkan apakah yang dikatakan dengan syirik itu.
javascript:void(0)


MAKSUD SYIRIK


Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah:



Maksudnya:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

FrimanNya lagi:



Maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Semantara dalam Surah Luqman ayat 13 Allah berfirman:



Maksudnya:

“Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”


Namun,penegasan tentang bahaya syirik ini tidak terhanti setakat itu sahaja.Pernah seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Abdullah bertanya kepada baginda yang maksudnya:“Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: “Engkau menjadi suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu. Aku (Abdullah) berkata: Sesungguhnya ini suatu yang berat. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi dosa yang besar? Baginda menjawab: “Engkau membunuh anak kamu sendiri kerana takut fakir. Aku bertanya, kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu sendiri.”
- (Hadis riwayat Muslim)

Dalam sabda baginda yang lain, baginda juga ada menegaskan tentang bahaya syirik ini antaranya ialah:

"Daripada Anas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda mengenai dosa besar iaitu mensyirikkan Allah, menderhaka kedua ibu bapa, membunuh nyawa dan memberi penyaksian palsu".
– (Hadis riwayat Muslim)

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina.
– (Hadis riwayat Muslim)



JENIS-JENIS SYIRIK


1.SYIRIK JALI

Ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.

Contoh amalan syirik jali ini ialah:
a) menyembah patung dan berhala
b) menyembah bulan atau matahari
c) mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

2. SYIRIK KHAFI
Ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah:


Maksudnya:
“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.”
(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya:

Maksudnya:
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
(Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi:


Maksudnya:
“Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.”
(Surah al-Hajj, ayat 31)


Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

Dengan itu, perbuatan syirik ini adalah haram dan sangat merbahaya kerana:
1) Ia membatalkan iman seseorang
2) Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
3) Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang

WALLAHU A'LAM..........MOGA2 KITA TIDAK TERGOLONG DALAM ORANG-ORANG YANG MENSYIRIKKAN ALLAH....

2 comments:

Izz said...

slm...sy ade kemusykilan..adakah saya ni orgnye ikhlas krn Allah??baru2 ni saya pts cinta,sy terlalu sedih dan rse mcm nk gler saya menangis stp hr tnpa henti,seblm ini saya jarang bersolat tetapi selepas putus cinta saya terfikir untuk beribadat kepada Allah..scr tiba2 saya rasa tenang sgt,saya mula rajin berzikir (ssuatu yg xpenah sy lalukan dulu)skrg sy tidak menangis lg,sy rse sgt tenang dan bahagia tetapi selepas solat sy selalu memohon doa pd Allah supaya bekas kekasih akn kembali kpd saya, kemudian sy ade terbaca jika mahu doa diterima,kite hendaklah mnjaga akhlak kita spt xtinggal solat,berzikir,berbuat baik dll..saya lakukan semua itu agar doa sy dimakbulkan..sekarang sy terfikir,adakah saya ni ikhlas kpd Allah atau hnya mengejar duniawi??saya betul2 takut dan risau jika ibadat saya xpernah diterima Allah..saya sendiri xtahu samada saya ni ikhlas atau tidak,saya xtahu dan benar2 risau...subhanallah :(

dhira said...

assalamualaikum..saya ad sedikit kemusykilan, adakah seseorg itu dikira syirik jika dia berada di dalam keadaan yang tidak tenang dan dan t'pikir tentang tuhan agama2 lain walaupun tidak menyembahnya.